Tuesday, 1 May 2018

ANALISIS FILEM MUNAFIK




ANALISIS FILEM MUNAFIK







Pengenalan

Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.



Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris 2016. Filem ini telah memenangi lima dari sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 kini dalam penerbitan.


Watak dan Perwatakan

Watak ialah pelaku dalam sesebuah cerita yang kita baca. watak ini terdapat beberapa jenis watak itu mungkin terdiri daripada manusia biasa, binatang dan mungkin juga makhluk ghaib. Watak-watak ini tergolong kepada beberapa kelompok atau jenis watak. Jenis-jenis watak tersebut adalah watak utama, sampingan, bulat, pipih, putih, dan hitam. Perwatakan pula lebih menjurus kepada sifat-sifat watak tertentu sama ada sifat fizikal, pemikiran serta sifat perlakuan sesuatu watak itu. Perwatakan fizikal adalah seperti besar, kurus, gemuk, tinggi, rendah,  berkulit hitam atau putih, lelaki ataupun wanita, muda atau tua usianya.



Kesemua watak dan perwatakan ini terdapat pada poster filem munafik. Filem munafik ini menceritakan tentang seorang ustaz baik hati menolong penduduk kampung yang sering terkena sihir. Maria ialah anak orang kaya di kampung itu. Cerita ini memang sangat munafik kerana atas perbuatan ayah Maria sendiri iaitu Pak Osman. Cerita ini sangat menarik dan poster yang unik dan sangat berkait dengan imej yang digunakan seperti api, warna iaitu merah seperti lambang kemarahan itu agar lambang-lambang tersebut pada poster yang di lakar berkait dengan filem tersebut. Watak dan perwatakan yang terdapat dalam filem munafik ini ialah Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam, Nabila Huda sebagai Maria, Fizz Fairuz sebagai Iman, Sabrina Ali sebagai Zati ,Pekin Ibrahim sebagai Fazli, Datuk Rahim Razali sebagai Rahim, A. Galak sebagai Imam Ali, Zarina Zainoordin sebagai Zulaikha.




Watak utama yang terdapat dalam filem munafik ini ialah syamsul Yusuf sebagai Ustaz Adam. Ustaz Adam ini ialah seorang ustaz yang mempunyai ilmu perubatan islam atau di panggil “rukiah”. Beliau akan menolong penduduk kampung sekiranya ada yang terkena sihir. Ustaz adalah seorang yang baik dan terlalu sayangkan keluarganya sehinggalah pada malam mereka menuju untuk balik ke kampung, ustaz dan keluarganya telah mengalami kemalangan dan isteri serta anaknya telah meninggal. Mula dari situ beliau tidak dapat menerima kenyataan dan terus mencari pelaku yang menyebabkan kematian tersebut.ustaz juga menolong seorang pesakit yang bernama Maria yang sering diganggu setan tetapi apabila dia menolongnyanya banyak perkara aneh yang berlaku padanya sehinggalah dia tahu dalang munafik sebenarnya.



Selain itu, Nabila Huda juga merupakan watak utama dalam cerita munafik iaitu sebagai Maria. Dia adalah seorang gadis yang masih muda dan mahu mengenali agama dengan lebih mendalam. Maria jugalah yang menyebabkan keluarga ustaz kemalangan kerana atas suruhan syaitan yang telah masuk dalam tubuhnya. Maria sangat dikenali oleh orang kampung kerana dia adalah seorang anak yang paling terkaya di kampung tersebut dan mempunyai ibu tiri muda sebaya dengannya. Maria telah banyak persoalan yang menjadi tanda tanya sehingga ingin mengetahui tentang syaitan. Dia sangat diminati oleh Fazli dan ingin mengahwini Maria tetapi dia tidak suka dengan Fazli kerana dia hanya menganggap sebagai teman sekerja. Maria disihir oleh ayahnya sendiri untuk kepentingannya menjadi kaya sehingga sanggup menggadai nyawa Maria.



Seterusnya ialah watak sampingan dalam filem munafik ialah pak osman yang merupakan orang terkaya dalam kampung tersebut. Pak osman adalah seorang yang sangat alim dan selalu bersedekah, menolong orang susah, serta sering berjemaah bersama-sama orang kampung. Pak osman mempunyai isteri yang sebaya dengan anaknya iaitu Maria. Pada satu masa Maria selalu kena rasuk syaitan, Pak Osman telah hilang dan sebalik kehilangannya itu barulah di ketahui apabila ustaz di permainkan sendiri oleh pak Osman untuk datang ke rumah banglo kerana ingin menghapuskan ustaz Adam. Pak osman sebenarnya adalah manusia yang bertopengkan syaitan kerana semua perbuatan yan terkutuknya itu telah diketahui oleh staz bahawa beliaulah yang sanggup menyihir anak sendiri untuk menutup keburukannya dan menggunakan anakna untuk membunuh orang-orang beriman dalam kampung tersebut kerana perjanjian untuk menjadi kay ialah membunuh orang yang lebih mendalam tentang agama. Pak Osman adalah munafik yang sangat kejam dalam watak tersebut.




Bahasa Teks

Bahasa teks yang digunakan dalam filem munafik ialah bahasa arab. Perkataan munafik dalam poster itu ialah berasal dari arab iaitu Al-fisk yang bermaksud munafik. Selain itu, dalam filem juga ada menggunakan bahasa arab semasa Maria terkena rasukan syaitan. Contoh dialog bahasa arab tersebut: Selain itu, bahasa yang digunakan dalam filem munafik ialah bahasa tak formal, bahasa kasar biasa dan bahasa basahan. Semua penggunaan bahasa tersebut terdapat dalam filem munafik yang digunakan.




Dominasi watak

          Menurut Lutfi Abas dan Awang Sariyan (1988), watak ialah tokoh dalam cerita. Mana kalah Kamaruddin Hj. Husin (1988) pula, mendefinisikan watak itu sebagai seorang iaitu manusia atau bukan manusia (dengan sifat-sifat manusia) yang mengambil bahagian dalam sesebuah cerita. Dan Selalunya, watak-watak ini diciptakan untuk mendukung peranan atau diberi fungsi untuk mendukung idea pokok, dan mengembangkan idea berkenaan hingga berjaya mencapai matlamatnya.


Watak merupakan teras dalam sesebuah cerita. Sebab itulah dalam keseluruhan cerita selalunya wataklah yang memainkan peranannya untuk menghidupkan cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Daripada peranannya itulah menimbulkan berbagai-bagai peristiwa, kisah dan sebagainya yang akhirnya terjalinlah sebuah cerita yang menarik, dan daripada watak itu jugalah timbulnya perwatakan, iaitu ciri penting kepada watak tersebut.



          Begitu jugalah dengan dominasi watak, dimana seseorang yang berperanan mengerakan cerita sehingga Berjaya. Seperti mana yang terdapat dalam filem munafik ini watak utama yang mengerakan filem ini ialah Nabila Huda yang berperanan sebagai maria merupakan seorang wanita yang tinggal di kampung tersebut kehadiran marai ini banyak membawa kepada kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Selain itu juga watak yang berperanan sebagai pengerak kepada cerita ini adalah watak Syamsul Yusuf yang berperanan sebagai ustaz Adam dimana ia sebagai ustaz dikampung tersebut untuk mengubati orang-orang sakit seperti gangguan makhluk halus. Cerita ini bermula apabila Adam atau lebih dikenal sebagai ustaz adam mengalami satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian isterinya, kejadian ini telah mengubah kehidupan ustaz adam dikampung dan membuatkan adam tidak dapat percaya kepada Qada dan Qadar tuhan. Selepas kematian isterinya Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.


          Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Ceritanya bermula apabila ibu tiri maria iaitu Zati meminta bantuan daripada imam kampung untuk memujuk adam mengubati maria selepas kejadian maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.



Peralatan

Peralatan merupakan alatan yang paling penting dalam sesebuah filem, hal ini kerana peralatan dapat membantu dalam menjayakan lagi cerita filem itu agar nampak lebih menarik dan benar. Dalam filem munafik ini terdapat banyak peralatan yang di gunakan untuk menampakan lagi cerita seram dalam filem ini antaranya adalah tasbih yang sering dipegang oleh Pak Rahim yang menampakan ketinggian agama beliau dalam cerita ini. Pak Rahim merupakan ayah kepada ustza Adam, beliau merupakan antara watak dalam cerita ini dimana Pak Rahim punca utama yang menyebabkan banyak kejadian aneh berlaku di kampung ini. Oleh kerana Pak Rahim memilih untuk mengikuti ajaran syaitan dengan menyekutukan ALLAH SWT, Pak Rahim sendiri mahu menjatuhkan anaknya iaitu ustaz Adam dimana beliau mahu ustaz Adam mengikuti amalannya. Pak Rahim juga cuba untuk meyihir Maria iaitu anaknya dan menggunakan Maria untuk menarik uztaz Adam untuk mengikuti ajarnya.


Disamping itu juga, alatan yang paling berkesan dalam cerita ini adalah dari segi pakaian yang di pakai oleh Nabila Huda (Maria). Dimana beliau memakai telekung sembayang untuk sin kerasukan. Pakaian yang digunakan itu juga agak sesuai dengan cerita yang mahu disampaikan dimana Maria cuba untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwan terhadap ALLAH SWT tetapi mengdapat tentangan daripada Pak Rahman. Dimana Pak Rahim mengunakan anaknya iaitu ustaz Adam dalam masa yang sama juga pak Rahim juga menggunakan Maria untuk menarik ustaz Adam mengikut ajaranya, Pak Rahim menghantar tangkal kepada Maria. Ini menyebabkan Maria sering diganggu makhluk halus.


Selain daripada itu juga, alatan yang digunakan dalam filem ini juga adalah tangkal yang merupakan fungsi atau alatan utama yang digunakan untuk menyantau orang agar kerasukan atau lebih kepada menghantar sangtau kepada orang. Tidak ketinggalan dalam filem munafik ini juga banyak menampakan tangkal itu, dimana beliau memperlihatkan cara orang mahu menghantar santau kepada yang ingin dihantarnya seperti dalam filem munafik ini dihantar kepada maria.



Busana dan Tatarias

          Busana adalah pakaian atau kostum yang dipakai oleh watak-watak didalam sesebuah filem. Pemilihan busana sangat penting untuk menyokong dan menonjolkan watak perwatakan setiap pelakon. Dalam poster filem ini, pemilihan busana mengikut kesesuian pembawaan watak yang dipegang. Sebagai contoh, dalam filem Munafik ini, pelakon-pelakon telah menggunakan busana berwarna gelap agar dapat menyokong suasana suram yang ingin ditayangkan. Busana-busana mereka juga hanya memakai pakaian harian yang biasa seperti baju kurung untuk wanita dan baju Melayu atau jubah untuk pelakon lelaki.


          Tatarias yang diaplikasikan kepada pelakon hanya solekan biasa untuk harian di rumah yang tidak berlebihan. Ia menunjukkan watak-watak lebih realisme dan hanya memberikan sentuhan di bahagian “shading” atau “contour” muka pelakon sahaja. Penggunaan solekan yang tebal hanya diaplikasikan ketika babak kerasukan di mainkan. Perubahan solekan menonjolkan perubahan karekter, Maria yang pada mulanya menggunakan solekan nipis berubah kepada solekan tebal yang gelap ketika kerasukan kerana perubahan kerekter berlaku pada ketika itu. Kemudian, solekannya menjadi nipis semula ketika Maria menjadi dirinya semula.



Bangunan

          Bangunan merujuk kepada struktur buatan manusia yang berdinding dan atap yang didirikan secara kekal di suatu tempat. Bangunan juga dikenali sebagai rumah yang terdapat segala kemudahan, prasarana atau infrastruktur dalam kebudayaan atau kehidupan manusia dalam membangun peradaban. Dalam filem Munafik, terdapat beberapa bangunan yang ditampilkan dalam filem tersebut iaitu rumah, pejabat, hospital, masjid dan banglo usang.


Babak di rumah ialah ketika ayah Mariah terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan. Di hospital Maria terjaga daripada tidur dan merayau di sekeliling dan tiba-tiba terserempak dengan makhluk halus dan Maria ingin selamatkan diri dan berlari ke bilik mayat. Maria yang baru tersedar telah berada di banglo lama. Adam sudah berada di banglo lama dan menjejaki Maria. Tiba-tiba ternampak banyak mayat yang sekeliling di bilik itu.



Latar Belakang Tempat

Latar belakang tempat adalah satu aspek dan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu filem yang berkualiti tinggi. Latar belakang tempat yang digunakan dalam filem Munafik adalah seperti banglo usang, hospital, bilik mayat dan juga tanah perkuburan. Latar tempat yang digunakan dapat melihatkan unsur-unsur seram yang cuba di lihatkan dalam filem ini dan sekaligus telah menjayakan penghasilan ini.


Simbol Dalam Poster

Dalam poster filem Munafik arahan Samsul Yusof ini telah memaparkan beberapa simbol seperti tulisan yang berunsurkan api. Hal ini adalah untuk mewujudkan “miss on scence” (sesuatu unsur yang tidak di jangkakan berlaku). Selain itu, simbol kuku yang tajam dalam gambaran yang kotor dan gelap. Hal ini mungkin untuk memberitahu atau memberi petunjuk kepada penonton bahawa filem ini bergenre seram.



Unsur Kekaguman

Unsur kekaguman adalah memberikan rasa terpukau dan terpesona kepada audien tentang tayangan filem yang dipaparkan. Unsur kekaguman yang berlaku dalam filem Munafik ini telah memberikan kejutan kepada para penonton. Unsur kekaguman yang terdapat dalam filem Munafik adalah penyampaian perwatakan pelakon yang dilakonkan oleh watak sangat berkesan. Lakonan Syamsul Yusof serta Nabila Huda telah dapat menarik minat penonton tentang filem tersebut.


Seterusnya adalah elemen seram yang dipaparkan dalam kebanyakkan adegan. Contohnya adegan di mana lakonan semasa beliau dirasuk. Lakonan beliau sangat menarik dan kelihatan seperti betul. Begitu juga dengan bunyi yang digunakan oleh produksi. Bunyi-bunyi seram yang digunakan sangat berkesan sehingga menambahkan rasa seram kepada para penonton.


Akhir sekali, unsur kekaguman yang boleh dilihat adalah dari aspek penggunaan dialog. Dialog yang digunakan dalam filem sangat menarik di mana dialog yang digunakan adalah bukan biasa-biasa sahaja. Sebagai contoh pengarah iaitu Syamsul Yusof sanggup menggunakan bahasa Arab dalam berdialog dengan iblis dan kesemua ayat ruqyah yang digunakan telah mendapat kelulusan dari JAKIM.



Kesimpulan

Filem Munafik adalah satu filem seram melayu yang berjaya membuka mata semua penonton dari segi penyampaian cerita, lakonan para pelakon.  Filem ini merupakan filem yang berada dalam kelasnya yang tersendiri di mana setiap lakonan yang disampaikan telah membuatkan para penonton ternanti-nanti setiap adegan yang akan berlaku. Filem ini juga secara tidak langsung memberikan pengajaran kepada masyarakat sekitar yang masih mengamalkan amalan khurafat dalam kehidupan sekarang meskipun berada di zaman teknologi yang canggih. 

ANALISIS FILEM MUNAFIK

ANALISIS FILEM MUNAFIK Pengenalan Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menamp...