Puisi Grafik
Kata-Kata Hikmah
Berita
Berita 1
MAHASISWI DICABUL OLEH SEKUMPULAN LELAKI
TERMASUK TEMAN LELAKINYA.
SELASA, 6 MAC 2018 - Seorang
mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 21 tahun dirogol oleh
beberapa orang lelaki. Kejadian tersebut berlaku di sebuah tempat yang
berhampiran dengan pantai yang lebih dikenali sebagai ODEC.
Mengikut siasatan Polis Daerah Kota
Kinabalu, Inspektor Fauzi Samsul berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira
8.00 malam ketika mangsa diajak oleh teman lelakinya untuk bersiar-siar di
Odec. Mangsa telah dirogol oleh teman lelakinya pada malam itu berhampiran
semak yang berada di kawasan Odec tersebut. Mangsa didapati berada dalam
keadaan separuh sedar kerana telah diberikan pil khayal oleh salah satu
daripada suspek yang ditangkap.
Mangsa mahasiswi UMS iaitu pelajar
dari Fakulti Perniagaan telah ditipu oleh teman lelakinya. Sebelum dirogol
mangsa telah di tarik kedalam semak kemudian direntap dengan kasar oleh teman
lelakinya bersama 4 orang lagi lelaki. Suspek
yang tertangkap bernama Nazmi Muhamad teman lelaki mangsa bersama
rakan-rakannya tidak mengaku bersalah.
Tambahan pula, seorang saksi Rizal
Rahim iaitu seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas berhampiran
kawasan Odec. Beliau terdengar jeritan seorang perempuan meminta tolong. Beliau yang berasa cemas
mendengar jeritan tersebut bergegas menuju ke tempat tersebut. Inspektor Fauzi
berkata, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan kes tersebut
akan disiasat mengikut pindaan Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu merogol. Kesalahan
akan dikenakan hukuman minimum 10 tahun penjara dan 12 kali sebatang.
Berita 2
KEMBARA SASTERAWAN NUMERA (NUSANTARA
MELAYU RAYA) 2018
15 Mac 2018 bersamaan hari Khamis
Blok Seni, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah telah
dimeriahkan dengan kedatangan Persatuan NUMERA, Nusantara Melayu Raya. Kembara
NUMERA dimeriahkan dengan kedatangan beberapa nama besar negara.
Mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Malaysia Sabah berkesempatan untuk bersua muka dengan sasterawan negara
yang ke-11 Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala.
Beliau merupakan presiden persatuan tersebut. Kembara Sasterawan Numera turut
dihadiri dengan Umar Uzair (Setiausaha Agung Numera Malaysia), Shirley Idris
(EXCO Numera), Dato’ Dr. Nashuha Jamidin, Siamir Marulafai, Sitti Azizah
Sahaji, Haris Hamzah, Rima Re, Nuthayka Anwar dan Fahmi Abdullah Assegraf.
Dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei, Asterawani, Dewan Bahasa dan Pustaka program ini
dijalankan bertujuan untuk mengangkat perpaduan bangsa dalam isu kesusasteraan
serta menduniakan Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, program tersebut cuba
mencungkil bakat penulis dan mengenal sosiobudaya masyarakat Brunei dan Borneo.
Kembara Sasterawan Numera kali ini, mahasiswa mahasiswi diberikan pendedahan mengenai Persatuan Numera di Malaysia oleh Dato’ Dr. Khamal Abdullah sendiri. Bukan itu sahaja, mahasiswa siswi turut berkesempatan melihat dan menghayati sendiri persembahan ekspresi puisi yang disampai oleh Umar Uzair, Shirley Idris dengan gaya yang tersendiri.
Semoga program sebegini terus berkembang dalam Institusi Pelajaran Tinggi bagi menjalankan kerjasama antara mahasiswa dengan nama besar negara. Khususnya dalam bidang kesusasteraan dalam penerbitan serta penghasilan karya.
Kembara Sasterawan Numera kali ini, mahasiswa mahasiswi diberikan pendedahan mengenai Persatuan Numera di Malaysia oleh Dato’ Dr. Khamal Abdullah sendiri. Bukan itu sahaja, mahasiswa siswi turut berkesempatan melihat dan menghayati sendiri persembahan ekspresi puisi yang disampai oleh Umar Uzair, Shirley Idris dengan gaya yang tersendiri.
Semoga program sebegini terus berkembang dalam Institusi Pelajaran Tinggi bagi menjalankan kerjasama antara mahasiswa dengan nama besar negara. Khususnya dalam bidang kesusasteraan dalam penerbitan serta penghasilan karya.
PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
(CSR) SENI KREATIF UMS DI PAPAR
(CSR) SENI KREATIF UMS DI PAPAR
Jumaat, 13 April 2018 - Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui HA11 Seni Kreatif mengadakan program CSR di kampung Laut
Papar.
Papar.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FKSW, program yang bermula pada hari Jumaat bermula pada 2.00 petang waktu bertolak ke Papar berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program tersebut menyasarkan orang awam dan golongan pelajar sekolah rendah yang berkunjung ke Dewan Serbaguna Kampung Laut Papar bagi memberikan sedikit pendedahan ilmu kepada anak muda papar melalui Program Mentor Mentee. Seramai 20 orang pelajar sekolah dari Kampung Laut Papar terlibat dalam program tersebut.
Pengisian program dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar mahasiswa selaku mentor bagi memberikan didikan kepada peserta yang terlibat. Pelbagai aktiviti diadakan dari sesi beramah mesra, didikan hingga aktiviti riadah dilakukan. Kesemua mahasiswa turut terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan. Bukan itu sahaja, para mahasiswa turut menjalakan sesi gotong royong sekitar masjid kampung dan menjalankan aktiviti solat berjemaah dengan masyarakat kampung.
Program tersebut melibatkan 50 orang pelajar major penulisan bidang Seni Kreatif dan seorang pensyarah iaitu Puan Hajijah Lamiri selaku pembimbing. Matlamat utama program dilaksanakan bertujuan untuk mendidik mahasiswa yang terlibat dengan teknik interaksi yang berkesan bersama komuniti setempat. Turut menjayakan program tersebut adalah Timbalan Dekan Fakulti Seni dan Warisan iaitu Dr. Fuad Bebit, Wakil
ADUN Papar Laut, Ketua Kampung Laut Papar Encik dan JJKK Kampug Laut Papar.
ADUN Papar Laut, Ketua Kampung Laut Papar Encik dan JJKK Kampug Laut Papar.
Youtube Marketing Product FYP
No comments:
Post a Comment