Saturday, 28 April 2018

FATIN HAZIRAH MASNUN (BA15160786)



Puisi Grafik




Kata-kata Hikmah




Berita


Berita 1
Malam Bersenang Bertukar Tragedi
29 Februari 2018, niat seorang pelajar wanita yang mahu keluar memancing untuk melepaskan tekanan bertukar menjadi tragedi apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh enam orang lelaki gay dalam kajadian di pantai Pusat Pembangunan Luar (Odec) UMS.

Ketua Polis Keselamatan UMS, Superintendan Abdul Wahab Haris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar memancing untuk melepaskan tekanan.

“Pada jam11 malam, hari yang sama ketika sedang memancing, mangsa didatangai enam orang lelaki yang tidak dikenali ,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang sedang berpakaian seperti lelaki ketika diserang, kerana disangka lelaki oleh kesemua suspek. Hasil siasatan mendapati bahawa kesemua suspek merupakan gay yang sedang berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Ketika kajadian dua orang lagi rakan mangsa pun sampai dan terus membuat laporan ke Bahagian Keselamatan UMS, polis berjaya memberkas keeman-enam lelaki yang terbabit di tempat kajadian,”
“Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri masih berada dalam keadaan koma di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen (375B) Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan. Suspek akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.


Berita 2
Mahasisiwa bersama Ahli NUMERA

Santai Puisi Bersama NUMERA
15 Mac 2018 bertempat di Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Blok Seni telah berlangsung santai puisi bersama persatuan Nusantara Melayu Raya (NUMERA).

Sasterawan Negara yang ke11 Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala merupakan presiden NUMERA. Kembara Sasterawan NUMERA turut disertai oleh Umar Uzair, Shirley Idris, Dato’ Dr. Nashuha Jamidin, Siamir Marulafai, Haris Hamzah dan Fahmi Abdullah Assegraf.

Hadirin yang ada telah disajikan dengan beberapa persembahan puisi termasuklah persempahan yang sangat jarang dipersembahkan iaitu puisi tari yang dipersembahkan oleh Shilye Idris. Persembahan tersebut telah berjaya memukau penonton dan telah berjaya memberi pendedahan tetang wujudnya puisi tari.

Program ini juga telah membuka sesi soal jawab untuk mahasiswa mengutarakan soalan kepada saterawan Negara yang ke11.

“Saya berharap agar semua yang hadir dapat bersama-sama memperjuangkan dunia sastera di masa akan datang, kerana hasil-hasil karya yang baik adalah satu kepuasan yang tidak semua orang boleh miliki.” Menurut Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, sasterawan Negara yang ke11.


Berita 3
Perserta program bersama penduduk Kampung Laut Papar

Misi Ke Kampung Laut Papar
06 April 2018, lawatan sambil belajar telah diadakan di kampung Laut Papar. Seramai 50 orang pelajar Universini Malaysia Sabah kos Seni Kreatif dari Mejor Penulisan menyertai program tersebut.

“Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memandangkan semua pelajar yang terlibat merupakan gabungan major penulisan dari tahun 2 dan tahun 3” menurut pengarah program, Nazri Jamiri.

Program ini dijalankan selama tiga hari dan dua malam dan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Di samping mengeratkat silaturahim antara pelajar, program ini juga melibatkan kanak-kanak dari penduduk kampung tersebut.

“Nampaknya matlamat program ini telah tercapai kerana pelajar-pelajar yang terlibat dapat berinteraksi dengan baik bersama penduduk kampung” menurut Puan Hajijah Lamiri selaku Ketua Program Seni Kreatif merangkap penasihat program ini.

Penutupan program lawatan sambil belajar ini telah dirasmikan oleh pembantu wakil rakyat ADUN Papar.


Youtube Marketing Product FYP






No comments:

Post a Comment

ANALISIS FILEM MUNAFIK

ANALISIS FILEM MUNAFIK Pengenalan Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menamp...