Puisi Grafik
Kata - kata Hikmah
Berita
Berita 1
Rogol bergilir-gilir : 5 pelajar lelaki direman
KOTA KINABALU : HASRAT seorang wanita berusia 22 tahun sedang berriadah, bertukar
menjadi detik hitam apabila dipercayai dirogol secara bergilir-gilir lima orang lelaki dalam kejadian di semak berdekatan kawasan pantai ODEC UMS, 14 FEB lalu.
Ketua Polis Sabah, Datuk K. Rahmat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar pada waktu petang hari kejadian untuk beriadah.
“Pada 6 petang, hari yang sama selepas beriadah, mangsa di bawa tiga lelaki yang tidak dikenalinya dengan secara mengejut dengan menutup mulut mangsa ke kawasan semak berdekatan pantai ODEC, UMS.
“Ketika tiba di kawasan itu, dua lelaki lain yang juga tidak dikenali sudah berada di kawasan itu bersama-sama minuman keras,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, selepas itu, mangsa mendakwa dipaksa untuk minum beberapa gelas juga, dia berasa pening dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan separa sedar.
“Mangsa Cheng Yung Seng, hanya sedar kira-kira 11 malam di Hospital Kota Kinabalu, selepas berasa sakit di bahagian-bahagian yang sulit serta tubuh badannya".
“Mangsa hanya membuat laporan polis pada keesokan harinya bersama-sama saksi (En.Azam, 35 tahun, penjaga kawasan tersebut) yang menjumpainya, kerana masih dalam keadaan trauma dan susulan itu, polis Berjaya memberkas kelima-lima lelaki yang terbabit dalam kejadian itu, semalam,” katanya.
Menurutnya, kelima-lima suspek yang berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.
Berita 2
PUISI BELUM MATI : SASTERAWAN KE UMS
15 MAC, KOTA KINABALU :Lawatan Persatuan Sasterawan Numera Malaysia(NUMERA), ke FakultiKemanusian Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah,
yang juga merangkap Presiden NUMERA disambut meriah oleh semua yang hadir.
Program yang seakan menyambut kedatangan sasterawan ke fakulti seni ini telah dirasmikan oleh
Dekan Fakulti Seni sendiri iaitu, Prof Ismail Ibrahim. Kehadiran pelajar serta pensyarah lain juga
sangat memberansangkan sehingga bilik Studio Ahmad Nisfu kelihatan penuh dengan suasana
yang agak meriah.
Kehadiran Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah adalah untuk memperkenalkan serta mengangkat lagi
kesusteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu agar kekal untuk generasi
seterusnya, yang berkecimpung dalam dunia penulisan kreatif.
Antara yang turut hadir juga dalam memeriahkan sambutan sasterwan ini adalah, ahli NUMERA (Nusantara Melayu Raya) sendiri yang terdiri daripada, Pak Cik Amir, Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nasuha Jamidin dan seorang wakil dari DBP. Setiap daripada mereka kesemuanya telah mendeklamasikan puisi-puisi. Seorang yang kreatif dalam menyampaikan puisi beliau dalam bentuk seperti nyanyian iaitu Umar Uzair dengan puisi beliau bertajuk Cenderawasih. Manakala Pak Cik Amir telah membacakan puisi KAMALA (MIM). Shirley pula menyampaikan puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa dengan berpakaian yang sangat cantik dan juga unik.
Sementara itu, program ini juga telah dipengerusikan oleh pensyarah fakulti seni sendiri iaitu Encik Syarif Zainal. Program yang berlansung kurang lebih 3 jam ini telah berakhir dengan jayanya.
Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah berkata, beliau berharap agar semua yang hadir dapat sama-sama meneruskan dan memperjuangkan lagi dunia sastera di masa akan datang, kerana hasil-hasil karya yang baik adalah satu kepuasan yang tidak semua orang boleh miliki.
Berita 3
Semua peserta bergambar bersama pensyarah dan juga orang kampung Laut Papar
Lawatan Perkongsian Pintar ke
Kampung Laut Papar
KOTA KINABALU 06 April : Seramai 50 orang pelajar dari Seni Kreatif ( major penulisan ), Universiti Malaysia Sabah, dan seorang pensyarah mengadakan lawatan sambil belajar di sebuah kampung di daerah papar.
Pengarah progam kami iaitu saudara Nazri Jamiri, berkata, bahawa lawatan ini adalah untuk mengeratkan perkenalan antara pelajar dan juga penduduk kampung, selain mengeratkan silaturahim
antara mereka sekelas.
Menurutnya, ianya juga akan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka sekelas
memandangkan semuanya sudah berada di tahun akhir. Dalam masa yang sama, beliau mahu
menambahkan pengalaman untuk semua yang terlibat dalam proses kerja pengurusan sesuatu
program.
"Pada hari kedua lawatan, mereka memulakan aktiviti bersama-sama anak penduduk kampung. Antaranya melakukan senaman, seterusnya pelbagai aktiviti di jalankan mengikut apa yang telah di aturkan."
Katanya, semua aktiviti yang di jalankan bukan sekadar untuk membawa mereka bermain, malah juga berharap setiap apa yang dilakukan dapat adik-adik itu ambil sebagai proses pembelajaran di luar kelas. Aktiviti di teruskan lagi pada waktu petang untuk membersihkan kawasan kampung dan juga surau kampung.
Adik Zarul, yang mengikuti program tersebut berasa teruja dapat bertemu dengan abang dan kakak dari Universiti Malaysia Sabah serta permainan yang di sediakan juga sangat seronok. Mereka juga telah diberikan setiap seorang hadiah sebagai tanda terima kasih telah mengikuti program tersebut.
“Lawatan selama tiga hari dua malam itu ternyata memberikan satu perkongsian yang baik dan
indah untuk disimpan kepada semua pelajar, mahupun penduduk kampung Laut, Papar."
Penutupan perasmian program lawatan tersebut telah di rasmikan oleh wakil rakyat. (ADUN)
Bergambar bersama adik-adik dari Kampung Laut, PAPAR.
Youtube Marketing Product FYP
\
No comments:
Post a Comment