Munafik merupakan sebuah filem seram
ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya
sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin
Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan
filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas
filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam
(Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima
kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik
mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25
Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.
Filem ini merupakan filem tempatan dengan
kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.04 juta, menjadikan Munafik sebagai
filem Malaysia paling laris 2016. Filem ini telah memenangi lima dari
sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia
ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik
2 kini dalam penerbitan.
Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku dalam sesebuah
cerita yang kita baca. watak ini terdapat beberapa jenis watak itu mungkin
terdiri daripada manusia biasa, binatang dan mungkin juga makhluk ghaib.
Watak-watak ini tergolong kepada beberapa kelompok atau jenis watak.
Jenis-jenis watak tersebut adalah watak utama, sampingan, bulat, pipih, putih,
dan hitam. Perwatakan pula lebih menjurus kepada sifat-sifat watak tertentu
sama ada sifat fizikal, pemikiran serta sifat perlakuan sesuatu watak itu.
Perwatakan fizikal adalah seperti besar, kurus, gemuk, tinggi, rendah, berkulit hitam atau putih, lelaki ataupun
wanita, muda atau tua usianya.
Kesemua watak dan perwatakan ini terdapat pada poster
filem munafik. Filem munafik ini menceritakan tentang seorang ustaz baik hati
menolong penduduk kampung yang sering terkena sihir. Maria ialah anak orang
kaya di kampung itu. Cerita ini memang sangat munafik kerana atas perbuatan
ayah Maria sendiri iaitu Pak Osman. Cerita ini sangat menarik dan poster yang
unik dan sangat berkait dengan imej yang digunakan seperti api, warna iaitu
merah seperti lambang kemarahan itu agar lambang-lambang tersebut pada poster
yang di lakar berkait dengan filem tersebut. Watak dan perwatakan yang
terdapat dalam filem munafik ini ialah Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam, Nabila
Huda sebagai Maria, Fizz Fairuz sebagai Iman, Sabrina Ali sebagai Zati ,Pekin
Ibrahim sebagai Fazli, Datuk Rahim Razali sebagai Rahim, A. Galak sebagai Imam
Ali, Zarina Zainoordin sebagai Zulaikha.
Watak utama yang terdapat dalam filem munafik ini ialah
syamsul Yusuf sebagai Ustaz Adam. Ustaz Adam ini ialah seorang ustaz yang
mempunyai ilmu perubatan islam atau di panggil “rukiah”. Beliau akan menolong
penduduk kampung sekiranya ada yang terkena sihir. Ustaz adalah seorang yang
baik dan terlalu sayangkan keluarganya sehinggalah pada malam mereka menuju
untuk balik ke kampung, ustaz dan keluarganya telah mengalami kemalangan dan
isteri serta anaknya telah meninggal. Mula dari situ beliau tidak dapat
menerima kenyataan dan terus mencari pelaku yang menyebabkan kematian
tersebut.ustaz juga menolong seorang pesakit yang bernama Maria yang sering
diganggu setan tetapi apabila dia menolongnyanya banyak perkara aneh yang
berlaku padanya sehinggalah dia tahu dalang munafik sebenarnya.
Selain itu, Nabila Huda juga merupakan watak utama dalam
cerita munafik iaitu sebagai Maria. Dia adalah seorang gadis yang masih muda
dan mahu mengenali agama dengan lebih mendalam. Maria jugalah yang menyebabkan
keluarga ustaz kemalangan kerana atas suruhan syaitan yang telah masuk dalam
tubuhnya. Maria sangat dikenali oleh orang kampung kerana dia adalah seorang
anak yang paling terkaya di kampung tersebut dan mempunyai ibu tiri muda sebaya
dengannya. Maria telah banyak persoalan yang menjadi tanda tanya sehingga ingin
mengetahui tentang syaitan. Dia sangat diminati oleh Fazli dan ingin mengahwini
Maria tetapi dia tidak suka dengan Fazli kerana dia hanya menganggap sebagai
teman sekerja. Maria disihir oleh ayahnya sendiri untuk kepentingannya menjadi
kaya sehingga sanggup menggadai nyawa Maria.
Seterusnya ialah watak sampingan dalam filem munafik
ialah pak osman yang merupakan orang terkaya dalam kampung tersebut. Pak osman
adalah seorang yang sangat alim dan selalu bersedekah, menolong orang susah,
serta sering berjemaah bersama-sama orang kampung. Pak osman mempunyai isteri
yang sebaya dengan anaknya iaitu Maria. Pada satu masa Maria selalu kena rasuk
syaitan, Pak Osman telah hilang dan sebalik kehilangannya itu barulah di ketahui
apabila ustaz di permainkan sendiri oleh pak Osman untuk datang ke rumah banglo
kerana ingin menghapuskan ustaz Adam. Pak osman sebenarnya adalah manusia yang
bertopengkan syaitan kerana semua perbuatan yan terkutuknya itu telah diketahui
oleh staz bahawa beliaulah yang sanggup menyihir anak sendiri untuk menutup
keburukannya dan menggunakan anakna untuk membunuh orang-orang beriman
dalam kampung tersebut kerana perjanjian untuk menjadi kay ialah membunuh orang
yang lebih mendalam tentang agama. Pak Osman adalah munafik yang sangat kejam
dalam watak tersebut.
Bahasa Teks
Bahasa teks yang digunakan dalam filem munafik ialah
bahasa arab. Perkataan munafik dalam poster itu ialah berasal dari arab iaitu
Al-fisk yang bermaksud munafik. Selain itu, dalam filem juga ada menggunakan
bahasa arab semasa Maria terkena rasukan syaitan. Contoh dialog bahasa arab
tersebut: Selain itu, bahasa yang digunakan dalam filem munafik
ialah bahasa tak formal, bahasa kasar biasa dan bahasa basahan. Semua
penggunaan bahasa tersebut terdapat dalam filem munafik yang digunakan.
Dominasi watak
Menurut Lutfi Abas dan Awang Sariyan
(1988), watak ialah tokoh dalam cerita. Mana kalah Kamaruddin Hj. Husin (1988)
pula, mendefinisikan watak itu sebagai seorang iaitu manusia atau bukan manusia
(dengan sifat-sifat manusia) yang mengambil bahagian dalam sesebuah cerita. Dan
Selalunya, watak-watak ini diciptakan untuk mendukung peranan atau diberi
fungsi untuk mendukung idea pokok, dan mengembangkan idea berkenaan hingga
berjaya mencapai matlamatnya.
Watak
merupakan teras dalam sesebuah cerita. Sebab itulah dalam keseluruhan cerita
selalunya wataklah yang memainkan peranannya untuk menghidupkan cerita dan
peristiwa yang berlaku sepanjang kisah atau cerita yang hendak disampaikan oleh
pengarang. Daripada peranannya itulah menimbulkan berbagai-bagai peristiwa,
kisah dan sebagainya yang akhirnya terjalinlah sebuah cerita yang menarik, dan
daripada watak itu jugalah timbulnya perwatakan, iaitu ciri penting kepada
watak tersebut.
Begitu jugalah dengan dominasi watak,
dimana seseorang yang berperanan mengerakan cerita sehingga Berjaya. Seperti
mana yang terdapat dalam filem munafik ini watak utama yang mengerakan filem
ini ialah Nabila Huda yang berperanan sebagai maria merupakan seorang wanita
yang tinggal di kampung tersebut kehadiran marai ini banyak membawa kepada
kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Selain itu juga watak yang berperanan
sebagai pengerak kepada cerita ini adalah watak Syamsul Yusuf yang berperanan
sebagai ustaz Adam dimana ia sebagai ustaz dikampung tersebut untuk mengubati
orang-orang sakit seperti gangguan makhluk halus. Cerita ini bermula apabila
Adam atau lebih dikenal sebagai ustaz adam mengalami satu kemalangan jalan raya
yang mengakibatkan kematian isterinya, kejadian ini telah mengubah kehidupan
ustaz adam dikampung dan membuatkan adam tidak dapat percaya kepada Qada dan
Qadar tuhan. Selepas kematian isterinya Zulaikha itu telah membunuh semua rasa
dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal
perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.
Dalam masa yang sama, Maria, salah
seorang penduduk di kampung, Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk
sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit
mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Ceritanya bermula apabila
ibu tiri maria iaitu Zati meminta bantuan daripada imam kampung untuk memujuk
adam mengubati maria selepas kejadian maria dirasuk teruk dan rumah mereka
semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
Peralatan
Peralatan merupakan alatan yang paling penting dalam
sesebuah filem, hal ini kerana peralatan dapat membantu dalam menjayakan lagi
cerita filem itu agar nampak lebih menarik dan benar. Dalam filem munafik ini
terdapat banyak peralatan yang di gunakan untuk menampakan lagi cerita seram
dalam filem ini antaranya adalah tasbih yang sering dipegang oleh Pak Rahim
yang menampakan ketinggian agama beliau dalam cerita ini. Pak Rahim merupakan
ayah kepada ustza Adam, beliau merupakan antara watak dalam cerita ini dimana
Pak Rahim punca utama yang menyebabkan banyak kejadian aneh berlaku di kampung
ini. Oleh kerana Pak Rahim memilih untuk mengikuti ajaran syaitan dengan
menyekutukan ALLAH SWT, Pak Rahim sendiri mahu menjatuhkan anaknya iaitu ustaz
Adam dimana beliau mahu ustaz Adam mengikuti amalannya. Pak Rahim juga cuba
untuk meyihir Maria iaitu anaknya dan menggunakan Maria untuk menarik uztaz
Adam untuk mengikuti ajarnya.
Disamping itu juga, alatan yang paling berkesan dalam
cerita ini adalah dari segi pakaian yang di pakai oleh Nabila Huda (Maria).
Dimana beliau memakai telekung sembayang untuk sin kerasukan. Pakaian yang
digunakan itu juga agak sesuai dengan cerita yang mahu disampaikan dimana Maria
cuba untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwan terhadap ALLAH SWT tetapi
mengdapat tentangan daripada Pak Rahman. Dimana Pak Rahim mengunakan anaknya
iaitu ustaz Adam dalam masa yang sama juga pak Rahim juga menggunakan Maria
untuk menarik ustaz Adam mengikut ajaranya, Pak Rahim menghantar tangkal kepada
Maria. Ini menyebabkan Maria sering diganggu makhluk halus.
Selain daripada itu juga, alatan yang digunakan dalam
filem ini juga adalah tangkal yang merupakan fungsi atau alatan utama yang
digunakan untuk menyantau orang agar kerasukan atau lebih kepada menghantar
sangtau kepada orang. Tidak ketinggalan dalam filem munafik ini juga banyak
menampakan tangkal itu, dimana beliau memperlihatkan cara orang mahu menghantar
santau kepada yang ingin dihantarnya seperti dalam filem munafik ini dihantar kepada maria.
Busana dan Tatarias
Busana adalah pakaian atau kostum
yang dipakai oleh watak-watak didalam sesebuah filem. Pemilihan busana sangat
penting untuk menyokong dan menonjolkan watak perwatakan setiap pelakon. Dalam
poster filem ini, pemilihan busana mengikut kesesuian pembawaan watak yang
dipegang. Sebagai contoh, dalam filem Munafik ini, pelakon-pelakon telah
menggunakan busana berwarna gelap agar dapat menyokong suasana suram yang ingin
ditayangkan. Busana-busana mereka juga hanya memakai pakaian harian yang biasa
seperti baju kurung untuk wanita dan baju Melayu atau jubah untuk pelakon
lelaki.
Tatarias yang diaplikasikan kepada
pelakon hanya solekan biasa untuk harian di rumah yang tidak berlebihan. Ia
menunjukkan watak-watak lebih realisme dan hanya memberikan sentuhan di
bahagian “shading” atau “contour” muka pelakon sahaja. Penggunaan solekan yang
tebal hanya diaplikasikan ketika babak kerasukan di mainkan. Perubahan solekan
menonjolkan perubahan karekter, Maria yang pada mulanya menggunakan solekan
nipis berubah kepada solekan tebal yang gelap ketika kerasukan kerana perubahan
kerekter berlaku pada ketika itu. Kemudian, solekannya menjadi nipis semula ketika
Maria menjadi dirinya semula.
Bangunan
Bangunan merujuk kepada struktur
buatan manusia yang berdinding dan atap yang didirikan secara kekal di suatu
tempat. Bangunan juga dikenali sebagai rumah yang terdapat segala kemudahan,
prasarana atau infrastruktur dalam kebudayaan atau kehidupan manusia dalam
membangun peradaban. Dalam filem Munafik, terdapat beberapa bangunan yang
ditampilkan dalam filem tersebut iaitu rumah, pejabat, hospital, masjid dan
banglo usang.
Babak di rumah ialah ketika ayah Mariah terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan. Di hospital Maria terjaga daripada tidur dan merayau di sekeliling dan tiba-tiba terserempak dengan makhluk halus dan Maria ingin selamatkan diri dan berlari ke bilik mayat. Maria yang baru tersedar telah berada di banglo lama. Adam sudah berada di banglo lama dan menjejaki Maria. Tiba-tiba ternampak banyak mayat yang sekeliling di bilik itu.
Latar Belakang Tempat
Latar belakang tempat adalah satu aspek dan memainkan
peranan yang penting dalam menghasilkan sesuatu filem yang berkualiti tinggi.
Latar belakang tempat yang digunakan dalam filem Munafik adalah seperti banglo
usang, hospital, bilik mayat dan juga tanah perkuburan. Latar tempat yang
digunakan dapat melihatkan unsur-unsur seram yang cuba di lihatkan dalam filem
ini dan sekaligus telah menjayakan penghasilan ini.
Simbol Dalam Poster
Dalam poster filem Munafik arahan Samsul Yusof ini telah
memaparkan beberapa simbol seperti tulisan yang berunsurkan api. Hal ini adalah
untuk mewujudkan “miss on scence” (sesuatu unsur yang tidak di jangkakan
berlaku). Selain itu, simbol kuku yang tajam dalam gambaran yang kotor dan
gelap. Hal ini mungkin untuk memberitahu atau memberi petunjuk kepada penonton
bahawa filem ini bergenre seram.
Unsur Kekaguman
Unsur kekaguman adalah memberikan rasa terpukau dan
terpesona kepada audien tentang tayangan filem yang dipaparkan. Unsur kekaguman
yang berlaku dalam filem Munafik ini telah memberikan kejutan kepada para
penonton. Unsur kekaguman yang terdapat dalam filem Munafik adalah penyampaian
perwatakan pelakon yang dilakonkan oleh watak sangat berkesan. Lakonan Syamsul
Yusof serta Nabila Huda telah dapat menarik minat penonton tentang filem
tersebut.
Seterusnya adalah elemen seram yang dipaparkan dalam
kebanyakkan adegan. Contohnya adegan di mana lakonan semasa beliau dirasuk.
Lakonan beliau sangat menarik dan kelihatan seperti betul. Begitu juga dengan
bunyi yang digunakan oleh produksi. Bunyi-bunyi seram yang digunakan sangat
berkesan sehingga menambahkan rasa seram kepada para penonton.
Akhir sekali, unsur kekaguman yang boleh dilihat adalah
dari aspek penggunaan dialog. Dialog yang digunakan dalam filem sangat menarik
di mana dialog yang digunakan adalah bukan biasa-biasa sahaja. Sebagai contoh
pengarah iaitu Syamsul Yusof sanggup menggunakan bahasa Arab dalam berdialog
dengan iblis dan kesemua ayat ruqyah yang digunakan telah mendapat kelulusan
dari JAKIM.
Kesimpulan
Filem Munafik adalah satu filem
seram melayu yang berjaya membuka mata semua penonton dari segi penyampaian
cerita, lakonan para pelakon. Filem ini
merupakan filem yang berada dalam kelasnya yang tersendiri di mana setiap
lakonan yang disampaikan telah membuatkan para penonton ternanti-nanti setiap
adegan yang akan berlaku. Filem ini juga secara tidak langsung memberikan
pengajaran kepada masyarakat sekitar yang masih mengamalkan amalan khurafat
dalam kehidupan sekarang meskipun berada di zaman teknologi yang canggih.