Saturday, 28 April 2018

FATIN HAZIRAH MASNUN (BA15160786)



Puisi Grafik




Kata-kata Hikmah




Berita


Berita 1
Malam Bersenang Bertukar Tragedi
29 Februari 2018, niat seorang pelajar wanita yang mahu keluar memancing untuk melepaskan tekanan bertukar menjadi tragedi apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh enam orang lelaki gay dalam kajadian di pantai Pusat Pembangunan Luar (Odec) UMS.

Ketua Polis Keselamatan UMS, Superintendan Abdul Wahab Haris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar memancing untuk melepaskan tekanan.

“Pada jam11 malam, hari yang sama ketika sedang memancing, mangsa didatangai enam orang lelaki yang tidak dikenali ,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang sedang berpakaian seperti lelaki ketika diserang, kerana disangka lelaki oleh kesemua suspek. Hasil siasatan mendapati bahawa kesemua suspek merupakan gay yang sedang berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Ketika kajadian dua orang lagi rakan mangsa pun sampai dan terus membuat laporan ke Bahagian Keselamatan UMS, polis berjaya memberkas keeman-enam lelaki yang terbabit di tempat kajadian,”
“Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri masih berada dalam keadaan koma di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam suspek berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen (375B) Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan. Suspek akan dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.


Berita 2
Mahasisiwa bersama Ahli NUMERA

Santai Puisi Bersama NUMERA
15 Mac 2018 bertempat di Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Blok Seni telah berlangsung santai puisi bersama persatuan Nusantara Melayu Raya (NUMERA).

Sasterawan Negara yang ke11 Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala merupakan presiden NUMERA. Kembara Sasterawan NUMERA turut disertai oleh Umar Uzair, Shirley Idris, Dato’ Dr. Nashuha Jamidin, Siamir Marulafai, Haris Hamzah dan Fahmi Abdullah Assegraf.

Hadirin yang ada telah disajikan dengan beberapa persembahan puisi termasuklah persempahan yang sangat jarang dipersembahkan iaitu puisi tari yang dipersembahkan oleh Shilye Idris. Persembahan tersebut telah berjaya memukau penonton dan telah berjaya memberi pendedahan tetang wujudnya puisi tari.

Program ini juga telah membuka sesi soal jawab untuk mahasiswa mengutarakan soalan kepada saterawan Negara yang ke11.

“Saya berharap agar semua yang hadir dapat bersama-sama memperjuangkan dunia sastera di masa akan datang, kerana hasil-hasil karya yang baik adalah satu kepuasan yang tidak semua orang boleh miliki.” Menurut Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah, sasterawan Negara yang ke11.


Berita 3
Perserta program bersama penduduk Kampung Laut Papar

Misi Ke Kampung Laut Papar
06 April 2018, lawatan sambil belajar telah diadakan di kampung Laut Papar. Seramai 50 orang pelajar Universini Malaysia Sabah kos Seni Kreatif dari Mejor Penulisan menyertai program tersebut.

“Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memandangkan semua pelajar yang terlibat merupakan gabungan major penulisan dari tahun 2 dan tahun 3” menurut pengarah program, Nazri Jamiri.

Program ini dijalankan selama tiga hari dan dua malam dan aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Di samping mengeratkat silaturahim antara pelajar, program ini juga melibatkan kanak-kanak dari penduduk kampung tersebut.

“Nampaknya matlamat program ini telah tercapai kerana pelajar-pelajar yang terlibat dapat berinteraksi dengan baik bersama penduduk kampung” menurut Puan Hajijah Lamiri selaku Ketua Program Seni Kreatif merangkap penasihat program ini.

Penutupan program lawatan sambil belajar ini telah dirasmikan oleh pembantu wakil rakyat ADUN Papar.


Youtube Marketing Product FYP






NUREZZATI WAFIAH MOLSAR (BA15160834)




Puisi Grafik






Kata-Kata Hikmah





Berita

Berita 1

MAHASISWI DICABUL OLEH SEKUMPULAN LELAKI 
TERMASUK TEMAN LELAKINYA.

SELASA, 6 MAC 2018 - Seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 21 tahun dirogol oleh beberapa orang lelaki. Kejadian tersebut berlaku di sebuah tempat yang berhampiran dengan pantai yang lebih dikenali sebagai ODEC.

Mengikut siasatan Polis Daerah Kota Kinabalu, Inspektor Fauzi Samsul berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 8.00 malam ketika mangsa diajak oleh teman lelakinya untuk bersiar-siar di Odec. Mangsa telah dirogol oleh teman lelakinya pada malam itu berhampiran semak yang berada di kawasan Odec tersebut. Mangsa didapati berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah diberikan pil khayal oleh salah satu daripada suspek yang ditangkap.


Mangsa mahasiswi UMS iaitu pelajar dari Fakulti Perniagaan telah ditipu oleh teman lelakinya. Sebelum dirogol mangsa telah di tarik kedalam semak kemudian direntap dengan kasar oleh teman lelakinya bersama 4 orang lagi lelaki.  Suspek yang tertangkap bernama Nazmi Muhamad teman lelaki mangsa bersama rakan-rakannya tidak mengaku bersalah. 

Tambahan pula, seorang saksi Rizal Rahim iaitu seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas berhampiran kawasan Odec. Beliau terdengar jeritan seorang perempuan  meminta tolong. Beliau yang berasa cemas mendengar jeritan tersebut bergegas menuju ke tempat tersebut. Inspektor Fauzi berkata, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan kes tersebut akan disiasat mengikut pindaan Seksyen 375 Kanun Keseksaan iaitu merogol. Kesalahan akan dikenakan hukuman minimum 10 tahun penjara dan 12 kali sebatang. 



Berita 2

KEMBARA SASTERAWAN NUMERA (NUSANTARA MELAYU RAYA) 2018

15 Mac 2018 bersamaan hari Khamis Blok Seni, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah telah dimeriahkan dengan kedatangan Persatuan NUMERA, Nusantara Melayu Raya. Kembara NUMERA dimeriahkan dengan kedatangan beberapa nama besar negara.

Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah berkesempatan untuk bersua muka dengan sasterawan negara yang ke-11 Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala. Beliau merupakan presiden persatuan tersebut. Kembara Sasterawan Numera turut dihadiri dengan Umar Uzair (Setiausaha Agung Numera Malaysia), Shirley Idris (EXCO Numera), Dato’ Dr. Nashuha Jamidin, Siamir Marulafai, Sitti Azizah Sahaji, Haris Hamzah, Rima Re, Nuthayka Anwar dan Fahmi Abdullah Assegraf.

Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Asterawani, Dewan Bahasa dan Pustaka program ini dijalankan bertujuan untuk mengangkat perpaduan bangsa dalam isu kesusasteraan serta menduniakan Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, program tersebut cuba mencungkil bakat penulis dan mengenal sosiobudaya masyarakat Brunei dan Borneo.

Kembara Sasterawan Numera kali ini, mahasiswa mahasiswi diberikan pendedahan mengenai Persatuan Numera di Malaysia oleh Dato’ Dr. Khamal Abdullah sendiri. Bukan itu sahaja, mahasiswa siswi turut berkesempatan melihat dan menghayati sendiri persembahan ekspresi puisi yang disampai oleh Umar Uzair, Shirley Idris dengan gaya yang tersendiri.


Semoga program sebegini terus berkembang dalam Institusi Pelajaran Tinggi bagi menjalankan kerjasama antara mahasiswa dengan nama besar negara. Khususnya dalam bidang kesusasteraan dalam penerbitan serta penghasilan karya.



Berita 3




PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY 
(CSR) SENI KREATIF UMS DI PAPAR

Jumaat, 13 April 2018 - Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui HA11 Seni Kreatif mengadakan program CSR di kampung Laut 
Papar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FKSW, program yang bermula pada hari Jumaat bermula pada 2.00 petang waktu bertolak ke Papar berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program tersebut menyasarkan orang awam dan golongan pelajar sekolah rendah yang berkunjung ke Dewan Serbaguna Kampung Laut Papar bagi memberikan sedikit pendedahan ilmu kepada anak muda papar melalui Program Mentor Mentee. Seramai 20 orang pelajar sekolah dari Kampung Laut Papar terlibat dalam program tersebut. 

Pengisian program dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar mahasiswa selaku mentor bagi memberikan didikan kepada peserta yang terlibat. Pelbagai aktiviti diadakan dari sesi beramah mesra, didikan hingga aktiviti riadah dilakukan. Kesemua mahasiswa turut terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan. Bukan itu sahaja, para mahasiswa turut menjalakan sesi gotong royong sekitar masjid kampung dan menjalankan aktiviti solat berjemaah dengan masyarakat kampung. 

Program tersebut melibatkan 50 orang pelajar major penulisan bidang Seni Kreatif dan seorang pensyarah iaitu Puan Hajijah Lamiri selaku pembimbing. Matlamat utama program dilaksanakan bertujuan untuk mendidik mahasiswa yang terlibat dengan teknik interaksi yang berkesan bersama komuniti setempat. Turut menjayakan program tersebut adalah Timbalan Dekan Fakulti Seni dan Warisan iaitu Dr. Fuad Bebit, Wakil 
ADUN Papar Laut, Ketua Kampung Laut Papar Encik dan JJKK Kampug Laut Papar. 





Youtube Marketing Product FYP





Wednesday, 25 April 2018

NORKASDIANA ARUN (BA15161025)



Puisi Grafik 









Kata - kata Hikmah







Berita 

Berita 1

Rogol bergilir-gilir : 5 pelajar lelaki direman

KOTA KINABALU : HASRAT seorang wanita berusia 22 tahun sedang berriadah, bertukar 
menjadi detik hitam apabila dipercayai dirogol secara bergilir-gilir lima orang lelaki dalam kejadian di semak berdekatan kawasan pantai ODEC UMS, 14 FEB lalu.

Ketua Polis Sabah, Datuk K. Rahmat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar pada waktu petang hari kejadian untuk beriadah.

“Pada 6 petang, hari yang sama selepas beriadah, mangsa di bawa tiga lelaki yang tidak dikenalinya dengan secara mengejut dengan menutup mulut mangsa ke kawasan semak berdekatan pantai ODEC, UMS.

“Ketika tiba di kawasan itu, dua lelaki lain yang juga tidak dikenali sudah berada di kawasan itu bersama-sama minuman keras,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, selepas itu, mangsa mendakwa dipaksa untuk minum beberapa gelas juga, dia berasa pening dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dalam keadaan separa sedar.

“Mangsa Cheng Yung Seng, hanya sedar kira-kira 11 malam di Hospital Kota Kinabalu, selepas berasa sakit di bahagian-bahagian yang sulit serta tubuh badannya".

“Mangsa hanya membuat laporan polis pada keesokan harinya bersama-sama saksi (En.Azam, 35 tahun, penjaga kawasan tersebut) yang menjumpainya, kerana masih dalam keadaan trauma dan susulan itu, polis Berjaya memberkas kelima-lima lelaki yang terbabit dalam kejadian itu, semalam,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima suspek yang berusia lingkungan 20 tahun ditahan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.


Berita 2


PUISI BELUM MATI : SASTERAWAN KE UMS


15 MAC, KOTA KINABALU :Lawatan Persatuan Sasterawan Numera Malaysia(NUMERA), ke FakultiKemanusian Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, iaitu Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, 
yang juga merangkap Presiden NUMERA disambut meriah oleh semua yang hadir. 

Program yang seakan menyambut kedatangan sasterawan ke fakulti seni ini telah dirasmikan oleh 
Dekan Fakulti Seni sendiri iaitu, Prof Ismail Ibrahim. Kehadiran pelajar serta pensyarah lain juga 
sangat memberansangkan sehingga bilik Studio Ahmad Nisfu kelihatan penuh dengan suasana 
yang agak meriah.

Kehadiran Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah adalah untuk memperkenalkan serta mengangkat lagi 
kesusteraan secara konsisten dan menduniakan Bahasa Melayu agar kekal untuk generasi 
seterusnya, yang berkecimpung dalam dunia penulisan kreatif.

Antara yang turut hadir juga dalam memeriahkan sambutan sasterwan ini adalah, ahli NUMERA (Nusantara Melayu Raya) sendiri yang terdiri daripada, Pak Cik Amir, Umar Uzair, Shirley Idris, Dato Dr. Nasuha Jamidin dan seorang wakil dari DBP. Setiap daripada mereka kesemuanya telah mendeklamasikan puisi-puisi. Seorang yang kreatif dalam menyampaikan puisi beliau dalam bentuk seperti nyanyian iaitu Umar Uzair dengan puisi beliau bertajuk Cenderawasih. Manakala Pak Cik Amir telah membacakan puisi KAMALA (MIM). Shirley pula menyampaikan puisi Bahasa Bertamsilkan Dosa dengan berpakaian yang sangat cantik dan juga unik.

Sementara itu, program ini juga telah dipengerusikan oleh pensyarah fakulti seni sendiri iaitu Encik Syarif Zainal. Program yang berlansung kurang lebih 3 jam ini telah berakhir dengan jayanya.

Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah berkata, beliau berharap agar semua yang hadir dapat sama-sama meneruskan dan memperjuangkan lagi dunia sastera di masa akan datang, kerana hasil-hasil karya yang baik adalah satu kepuasan yang tidak semua orang boleh miliki.


Berita 3

Semua peserta bergambar bersama pensyarah dan juga orang kampung Laut Papar


Lawatan Perkongsian Pintar ke 
Kampung Laut Papar


KOTA KINABALU 06 April : Seramai 50 orang pelajar dari Seni Kreatif ( major penulisan ), Universiti Malaysia Sabah, dan seorang pensyarah mengadakan lawatan sambil belajar di sebuah kampung di daerah papar. 

Pengarah progam kami iaitu saudara Nazri Jamiri, berkata, bahawa lawatan ini adalah untuk mengeratkan perkenalan antara pelajar dan juga penduduk kampung, selain mengeratkan silaturahim 
antara mereka sekelas. 

Menurutnya, ianya juga akan mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka sekelas 
memandangkan semuanya sudah berada di tahun akhir. Dalam masa yang sama, beliau mahu 
menambahkan pengalaman untuk semua yang terlibat dalam proses kerja pengurusan sesuatu 
program. 

"Pada hari kedua lawatan, mereka memulakan aktiviti bersama-sama anak penduduk kampung. Antaranya melakukan senaman, seterusnya pelbagai aktiviti di jalankan mengikut apa yang telah di aturkan."

Katanya, semua aktiviti yang di jalankan bukan sekadar untuk membawa mereka bermain, malah juga berharap setiap apa yang dilakukan dapat adik-adik itu ambil sebagai proses pembelajaran di luar kelas. Aktiviti di teruskan lagi pada waktu petang untuk membersihkan kawasan kampung dan juga surau kampung.


Adik Zarul, yang mengikuti program tersebut berasa teruja dapat bertemu dengan abang dan kakak dari Universiti Malaysia Sabah serta permainan yang di sediakan juga sangat seronok. Mereka juga telah diberikan setiap seorang hadiah sebagai tanda terima kasih telah mengikuti program tersebut.

“Lawatan selama tiga hari dua malam itu ternyata memberikan satu perkongsian yang baik dan 
indah untuk disimpan kepada semua pelajar, mahupun penduduk kampung Laut, Papar."

Penutupan perasmian program lawatan tersebut telah di rasmikan oleh wakil rakyat. (ADUN) 


Bergambar bersama adik-adik dari Kampung Laut, PAPAR.








Youtube Marketing Product FYP 

















\



Perjalanan manusia bukan bulan purnama, juga bukan seindah jalan ke Roma yang tak kenal badai dan goda.

ANALISIS FILEM MUNAFIK

ANALISIS FILEM MUNAFIK Pengenalan Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menamp...